Jep Kongsi Foto Baby Dariya Inara, Amboi Manisnya Senyum!

Pada 26 April lalu, Sari Yanti dan Jep Sepahtu telah selamat menimang seorang cahayamata perempuan. Berita gembira itu telah diumumkan sendiri Jep Sepahtu menerusi laman Instagram dan secara langsung di radio Sinar FM. Pasti ramai yang tidak sabar melihat wajah si kecil itu kan?

Hari ini, Jep akhirnya telah mendedahkan nama dan wajah anak mereka. Wah comel betul!

Dariya Inara #anakabah

Wah comel dan tembam sungguh puteri sulung Jep Sepahtu

Wah comel dan tembam sungguh puteri sulung Jep Sepahtu

Wah comel dan tembam sungguh puteri sulung Jep Sepahtu

Wah comel dan tembam sungguh puteri sulung Jep Sepahtu dan Sari Yanti ini. Selain memuat naik 3 keping gambar, Jep turut mendedahkan nama bayi mereka iaitu Dariya Inara. Di ruangan komen, ramai yang memuji kecomelan dan mendoakan bayi membesar dengan sihat.

‘Comelnya, tembam!’

Wah comel dan tembam sungguh puteri sulung Jep Sepahtu

Wah comel dan tembam sungguh puteri sulung Jep Sepahtu

Wah comel dan tembam sungguh puteri sulung Jep Sepahtu

Sumber : Jepsepahtu

‘Bantulah Kami Supaya Anak Kami Dapat Meneruskan Hidupnya’

Seorang ibu yang masih berada dalam pantang sanggup berulang-alik ke hospital setiap hari kerana tidak sanggup membiarkan bayinya yang berusia 27 hari menanggung derita masalah jantung, lapor Harian Metro.

Ermal Ermiral Azhar, 29, yang masih lemah selepas melahirkan Nur Eliya Daruisha, pada 3 April lalu, tetap menguatkan semangat berulang dari kediaman ibunya di Perumahan Awam Seri Johor ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

Suaminya, Muhammad Yusman Ab Rahman, 29, berkata, sejak Nur Eliya Daruisha dilahirkan, anak bongsunya itu hanya dalam Unit Rawatan Rapi Neonatal kerana terpaksa bergantung hidup sepenuhnya dengan mesin bantuan pernafasan.

“Bayi kami seberat 1.94 kilogram dilahirkan cukup bulan, namun dia mengalami masalah jantung berlubang dan saluran pernafasan sempit yang menyebabkan tumbesarannya tidak normal seperti bayi lain dan memerlukan mesin pernafasan untuk meneruskan hidup.

“Sejak lahir, badan bayi kami berselirat dengan wayar dan hanya minum susu badan isteri yang dimasukkan menerusi saluran daripada mulut ke perutnya,” katanya.

‘Bantulah Kami Supaya Anak Kami Dapat Meneruskan Hidupnya’

Menurut Muhammad Yusman, pakar menyarankan bayi mereka menjalani pembedahan segera bagi menyelamatkan nyawanya. Namun perlu menunggu berat bayi mencecah 2.5 kilogram.

“Sebenarnya peluang anak kami tipis, namun jalan terbaik dengan melakukan pembedahan seberapa segera untuk menutup lubang jantung dan membesarkan saluran pernafasan sebaik beratnya mencukupi,” katanya.

Bagaimanapun, kos pembedahan itu dianggarkan RM150,000 adalah di luar kemampuannya yang bergaji RM1,350 sebulan sebagai mekanik bengkel. Mereka kini buntu dan berusaha mencari dana bagi membiayai kos pembedahan bayi mereka.

“Pendapatan saya RM1,350 sebulan sebagai mekanik bengkel membaiki kenderaan hanya cukup untuk menyara kami empat beranak saja.

“Kami sudah berikhtiar meminta bantuan di Facebook, namun setakat hari ini hanya berjaya mengumpul RM4,600,” katanya.

‘Bantulah Kami Supaya Anak Kami Dapat Meneruskan Hidupnya’

Ermal Ermiral pula berharap dapat melihat bayinya hidup seperti anak orang lain dan memohon mana-mana pihak tampil membantu anaknya.

“Saya harap rakyat Malaysia bantulah kami, tidak banyak sedikit pun memadai supaya anak kami dapat meneruskan hidupnya. Mohon doakan anak kami dapat diselamatkan,” katanya.

Orang ramai yang mahu membantu pasangan ini boleh berbuat demikian dengan menyumbang ke akaun Maybank 114384163269 atau BSN 1400341000030814 atas nama Ermal Ermiral.

Sumber: Harian Metro

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: The Reporter

 

Detik Pengantin Mati Ditembak Jarak Dekat [video]

New Delhi: Pengantin baharu tidak sempat menjadi suami selepas ditembak dari jarak dekat di majlis perkahwinannya di Uttar Pradesh, India.

Kejadian berlaku pada Ahad lalu ketika mangsa, Sunnil Verma, 25, diraikan bersama tetamu lain sebelum terkena dua das tembakan itu.

Satu video yang dirakam oleh jurugambar perkahwinan menunjukkan seorang lelaki berbaju oren memegang sepucuk pistol melepaskan tembakan sambil membetulkan posisi bahagian atas senjata berkenaan.

Apabila mangsa melihat sekelilingnya, dia sekali lagi terkena tembakan kedua sebelum menekup bahagian dada dan rebah.

Suspek melarikan diri sejurus kejadian dan dia kini diburu polis kerana disyaki melakukan pembunuhan.

 

sumber: mymetro

VIDEO cukup menakjubkan melihat ibu gajah melahirkan anaknya

Subhanallah.. cukup menakjubkan melihat ibu gajah melahirkan anaknya..

Gajah merupakan hewan mamalia dengan periode kehamilan yang paling panjang. Seekor gajah pada umumnya mengandung lebih dari 18 bulan bahkan terkadang mencapai usia 2 tahun. Rata-rata periode kehamilan gajah adalah antara 640 hingga 660 hari. Seekor gajah betina dengan usia 60 sampai 70tahun pada umumnya hanya dapat memiliki anak sebanyak empat kali.

Pada saat seekor gajah betina akan melahirkan, kelompok gajah lain biasa membentuk barisan perlindungan disekitar gajah betina tersebut yang diyakini sebagai bentuk keamaanan dan penjagaan pada saat proses kelahiran bayi gajah.

Bayi gajah biasanya memiliki berat mencapai 120 kilogram dan dalam kondisi mata yang masih belum dapat melihat dengan normal, oleh karena itu sepenuhnya bayi gajah mengandalkan belalai untuk mempelajari dunia sekitarnya.

Periode lama masa kehamilan gajah, disimpulkan beberapa ilmuwan bahwa ketika didalam rahim, gajah diberikan kekuatan otak yang dibutuhkan untuk bertahan hidup. Gajah itu sendiri dilahirkan dengan perkembangan otak yang baik, yang nantinya mereka gunakan untuk mengenali struktur sosial yang kompleks dari kawanan, untuk mencari makan serta keefektifan dari belalai gajah tersebut.

Peningkatan pengetahuan manusia mengenai periode kehamilan gajah sangat bermanfaat untuk membantu teknologi perkembangbiakan gajah dimasa depan dan tentunya sangat berguna dalam mengatasi masalah kepunahan gajah itu sendiri.

Sumber : media viral

 

Terharu!! Bayi Comel Ini Mempunyai Masalah Pendengaran Sejak Dilahirkan, Lihat Ekpresi Wajahnya Ketika Pertama Kali Dengar Suara Ibunya..

Bagi golongan yang bernasib baik, mereka akan melahirkan kanak-kanak yang sihat. Namun bagi yang kurang bernasib baik, mereka mempunyai kanak-kanak yang dilahirkan dengan kecacatan. Tetapi itu bukanlah satu penghalang untuk membesarkan mereka, mereka juga kurniaan Tuhan sama seperti kanak-kanak lain di dunia. Seperti dalam paparan video ini dimana seorang gadis kecil mempunyai masalah pendengaran sejak dilahirkan.

Bayi kecil kadang-kadang boleh menjadi sangat menjengkelkan, sangat bising, tetapi comel ketika dibawa bermain bersama. Sekiranya mereka mula menangis atau merajuk, amat penting untuk mempunyai cara untuk meredakan perasan sedih mereka.

Seterusnya anda melihat kepada gadis kecil yang comel ini, Ibunya Cisty Keane melahirkannya pada bulan Ogos 2017. Tetapi dengan kekurangan, bahawa gadis kecil ini dilahirkan dengan masalah pendengaran. Bayi comel ini tidak dapat mendengar apa-apa.

Doktor memberikan bayi tersebut sebuah alat pendengaran untuk dipakainya. Pertama kali dia mendengar suara ibunya berkata “Hello”, bayi comel itu memberikan reaksi gembira dan kemudian berkata “hei’, reaksi bayi itu juga berubah emosi.

Kemudian apabila ibunya berkata: “Saya sayang kamu”, bayi itu segera menunjukkan ekpressi wajah menangis. Melihatkan rakaman tersebut, memberikan kita terharu.

Sumber Ilham: erabaru

“Saya Shooting Filem Paskal Dengan Keadaan Cedera..” Dua Minggu Tanggung Sakit, Akhirnya Hairul Dibedah

SELAMA hampir dua minggu menanggung sakit, akhirnya suami kepada pelakon Hanis Zalikha iaitu Hairul Azreen jalani pembedahan.

Hairul menanggung kesakitan tersebut ketika penggambaran filem berjudul Paskal akibat patah tulang jari pada tangan kanannya.

Difahamkan, pelakon itu merahsiakan kecederaan yang dialami olehnya kerana enggan penggambaran tertangguh dan juga menyusahkan ramai pihak.

Perkara tersebut malah dikongsi oleh pelakon itu sendiri menerusi salah sebuah entri terbaru yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Isnin.

“Tulang saya patah! 9/3/2018 ramai yang tak tahu, saya shooting filem Paskal dengan keadaan cedera. Produksi dan pengarah minta saya rehat tapi saya tidak mahu.

“Sehinggalah 27 Mac, saya rasa tangan semakin teruk dan saya ambil keputusan untuk buat pembedahan. Hari ini bedah, esok saya cakap saya dah boleh belakon. doktor dan produksi hanya geleng kepala,” ujar Hairul.

Tulang saya patah !!! 9/3/2018 ramai yang tak tahu, saya shooting filem Paskal dgn keadaan injured, production & director @adrianteh19 suruh saya rest tp saya cakap #TheBestNeverRest 🖖🏾sampai la 27march saya rasa tangan ni makin teruk & saya ambil keputusan utk operation , hari ini operation esok saya ckp saya dah boleh belakon balik , doctor & production geleng kepala,😪 (esok juga saya start shooting) so saya mmg tak rest ,team @tldm_rasmi semua ckp saya Piaw, Selama ni saya tak post cerita saya patah, sebab takut shooting ini di tangguhkan & tak nak susahkan orang ramai now dah balik KL so baki tinggal shooting di Morocco / Turkey je ,so banyak action stunt dah habis, Apa yg saya sampaikan , ini adalah kenangan sy shooting @paskal_themovie dan first time patah tulang seumur hidup sy, Lepas habis filem ni saya nak REST bawa family holiday #TheBestNeedSomeRest lepas sesuatu usaha dikecapi🤪

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on 

Perkongsian itu ternyata menarik perhatian dan menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya di media sosial berkenaan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap apa yang menimpa Hairul selain mendoakan kesejahteraan dan kesihatan aktor berkenaan.

Sehingga kini, perkongsian tersebut dilihat terus mendapat perhatian sekaligus menerima lebih 43,000 tanda suka.
Sumber Ilham: mynewshub

Artikel Berkaitan:

Hairul Azreen Tukar Imej Nak Ke Hollywood

PELAKON Hairul Azreen terpaksa mengubah penampilannya demi mengejar impian untuk membawa namanya ke Hollywood.

Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris, 30, berkata dia perlu kuruskan badan, gelapkan wajah dan menyimpan misai untuk mendapatkan tawaran berlakon filem aksi.

“Sebenarnya semua filem aksi yang saya lakonkan ini iaalah untuk mencari peluang ke Hollywood. Kelebihan saya adalah berlawan.

“Tapi saya tak pernah dapat peluang sebab penampilan. Sebab itu saya kuruskan diri, simpan misai dan gelapkan muka untuk filem.

“Kalau tak, kebanyakkan pengarah kata saya tak sesuai untuk filem aksi. Kalau perasan saya dah dua atau tiga tahun tak berlakon drama,” kata Hairul kepada mStar Online.

Kata Hairul, kemungkinan selepas ini dia akan berhenti mengambil tawaran watak beruniform namun akan memikirkan terlebih dahulu jika jalan cerita menarik.

“Rasanya selepas ini saya tak nak ambil mana-mana tawaran watak anggota beruniform lagi. Sebab saya dah pernah jadi pegawai rela, bomba, polis dan yang paling saya nak paskal.

“Saya rasa dah cukup sebab semua yang saya impikan dah dapat. Kalau selepas ini ada lagi, mungkin tengok pada keadaan.

“Kalau cerita itu gempak dan sangat menarik, Insya-Allah saya akan buat juga,” ujarnya.

Sebelum ini, Hairul memegang watak sebagai pegawai rela menerusi filem Senario Opocot pada 2011 dan pegawai polis dalam filem Polis Evo 2.

Dalam filem terbaru Qhaliq yang bakal ditayangkan pada 5 April ini, Hairul membawa watak sebagai anggota bomba.

Manakala menerusi filem Paskal The Movie yang masih menjalani penggambaran, suami kepada selebriti Hanis Zalikha itu menjadi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari unit komando Paskal.

Sumber Ilham: mstar

CCTV Merakam Anjing Masuk Bilik Bayi Setiap Malam. Apa Yg Dilakukannya Sangat Memeranjatkan

Sepasang suami isteri yang menyedari kelakuan pelik anjing peliharaannya yang sering memasuki bilik bayi mereka pada tengah malam setiap hari.

Oleh kerana perasaan yang ingin tahu, mereka telah memasang CCTV bagi mengetahui apa sebenarnya yang dilakukan oleh anjing tersebut di bilik bayi pada setiap malam.

Anjing merupakan spesis haiwan yang paling setia serta paling pandai membalas budi tuannya yang menjaga serta merawatnya.

Kadang-kalanya kita sendiri tidak mengetahui cara haiwan peliharaan kita itu akan membalas jasa kita dan bukan semua yang dapat memahami gerak-geri serta tingkah laku mereka.

Ragam mereka seperti mahu menghiburkan hati tuan mereka, anjing juga penjaga yang paling dipercayai dalam menjaga kediaman kita daripada bahaya.

Itulah yang di alami oleh sepasang suami isteri yang menyedari kelakuan pelik anjing peliharaannya yang sering memasuki bilik bayi mereka pada tengah malam setiap hari.

Oleh kerana perasaan yang ingin tahu, mereka telah memasang CCTV bagi mengetahui apa sebenarnya yang dilakukan oleh anjing tersebut di bilik bayi pada setiap malam

Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat CCTV tersebut yang memaparkan anjing mereka itu sebenarnya membuat rondaan di bilik bayi tersebut untuk memastikan anak mereka dalam keadaan selamat.

 

Rasa terharu dengan sikap prihatin anjing peliharaan mereka itu pun ada, dalam video pendek dari CCTV tersebut dapat dilihat anjing tersebut telah mengelilingi katil bayi sambil melihat-lihat bayi yang berada di dalam katil tersebut seperti memantau keselamatan bayi mereka.

Mereka membuat andaian bahawa selepas pasti bayi berada dalam keadaan selamat di dalam katil bayinya, anjing tersebut telah di lihat berjalan menuju ke tingkap serta menjenguk di tingkap terbabit seakan melihat jika ada apa-apa yang mencurigakan.

Selepas berpuas hati membuat rondaan tersebut, anjing itu pun terus berjalan keluar dari bilik terbabit.

Pasangan tersebut tidak menjangkakan bahawa anjing mereka itu sangat bijak serta begitu prihatin akan keselamatan anak mereka yang masih bayi itu, ianya amat menyentuh perasaan kerana benarlah seperti yang diperkatakan bahawa setiap anjing akan membalas jasa tuannya itu tidak kira bagaimana cara sekalipun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : sajaheboh

Sedap betul budak ni nyanyi, berdiri bulu roma kalau dengar

Terbaik lar budak ni. Memang sedap suara budak nie nyanyi, meremang bulu roma kalau dengar.

Kanak-kanak mula mengembangkan keupayaan untuk menyesuaikan pitch suara seawal satu tahun. Sama ada atau tidak mereka membangun keupayaan untuk menyanyikan lagu selaras bergantung hampir kepada persekitaran dan latihan mereka.

Sebagai contoh, jika seseorang dibesarkan di rumah di mana orang tidak menyanyi dan / atau menyanyi tidak digalakkan, mereka berada dalam keadaan yang teruk apabila ia membina keupayaan untuk menyamai pitch dengan cukup cepat untuk dapat menyanyi secara melodi.

Dalam erti kata lain, keupayaan untuk mendiskriminasi dan mereproduksi suara pitch dengan kelancaran dan kemudahan yang diperlukan untuk menyanyi sangat diterima, tetapi harus digalakkan sebagai sebahagian daripada keseluruhan proses pembangunan.

Amat menggalakkan ibu bapa untuk membantu anak anda mengembangkan kemampuannya untuk menyanyi. Sama ada nyanyian mereka boleh atau tidak akan mendarat di dalam keadaan profesional tidak penting.

Nyanyian adalah cara yang unik untuk memberi makan kepada jiwa manusia, dan anak anda mempunyai hak untuk menikmati hadiah itu dalam hidupnya.

Apa-apa pun, mari kita sama-sama saksikan video yang menarik di bawah nie. Amat tidak sangka budak perempuan nie dapat nyanyi lagu dengan suara yang begitu merdu.

Sila tonton video:

kredit : dharian

Apa Motif Korang Buat Dengan Orang OKU Macam Tu Dik !!

KUPANG- Sebuah video viral berdurasi 58 saat ini memaparkan dua orang wanita sedang mencabul seorang lelaki OKU di tempat awam.

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Abdinillah Massa ini telah mendapat perhatian daripada para netizen dan rata-rata daripadanya merasakan kedua-dua remaja wanita ini patut diberikan tindakan sewajarnya.

Menurut laporan,mangsa merupakan golongan kurang upaya bekerja di situ sebagi seorang penjaga parking di kawasan berkenaan.

Dari dalam video jelas menunjukkan lelaki OKU ini telah dicabul oleh dua orang remaja wanita ini dan lebih jijik lagi mereka bertindak membekap muka mangsa menggunakan payudara.Kejaidan dikatakan berlaku di Kupang,Indonesia.Editor- Sofia

Apa Motif Korang Buat Dengan Orang OKU Macam Tu Dik !!

Apa Motif Korang Buat Dengan Orang OKU Macam Tu Dik !!

Apa Motif Korang Buat Dengan Orang OKU Macam Tu Dik !!

Apa Motif Korang Buat Dengan Orang OKU Macam Tu Dik !!

Sumber:Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Arena Star

Sumber: Sumber

 

Buang ego demi kegembiraan anak, Farah Lee dan Elly Iskandar mengalah bersama menghantar anak mereka ke sekolah

Kegembiraan Ally dan Farah dikatakan telah mempengaruhi mood anak mereka Maream untuk berasa teruja dan gembira pada hari pertama persekolahannya yang bermula minggu lalu. – Foto Instagram

Baru-baru ini, tular video pengacara Ally Iskandar dan bekas isterinya Farah Lee menghantar anak mereka, Maream Isabel ke sekolah.

Sikap profesional bekas pasangan suami isteri tersebut yang beralah demi kebaikan anak mereka, dipuji netizen.

Minggu lalu, Farah Lee telah berkongsi video dia dan bekas suami menghantar Maream ke pra-sekolah.

Perkongsian tersebut telah membuat ramai pengikut IGnya teruja mahu melihat pasangan itu bersatu kembali.

Rata-rata berdoa agar mereka bersatu kembali demi kebaikan anaknyayang baru berusia 3 tahun 4 bulan.

Bekas isteri Ally Iskandar, Farah Lee kecewa apabila dikecam kerana memakaikan anaknya, Maream Esabel pakaian tidak mengikut syariat Islam.

Farah Lee menerusi akaun Instagram (IG) nya terkejut dengan kecaman itu kerana anaknya masih kecil dan baru sahaja berusia tiga tahun untuk dihakimi.

Farah dikecam selepas memakaikan anaknya skirt pendek dan t-shirt.

Menerusi entri tersebut, Farah menjelaskan bahawa dia tidak mahu terlalu cepat mendewasakan anaknya dengan pakaian orang dewasa Islam.

Malah dia terpaksa akur anaknya masih kecil dan perlu berpakaian yang selesa untuk bergerak dan bermain.

Dia turut berpendapat, mengajar anak biarlah seiring dengan umur kerana baginya praktikal tanpa pemahaman juga tidak berguna.

Malah Farah merasakan tahap umur anaknya sekarang perlu dibantu untuk mengembangkan tahap IQ mereka supaya apabila sudah besar nanti anak-anak akan faham dan lebih rasional dengan apa yang patut mereka lakukan.

Entri Farah itu mendapat banyak respon daripada netizen yang rata-rata bersetuju dengan pandangannya.

Sila tonton video:

Sumber : theklasik.com