Aliff Syukri ‘tinggal’ anak ajar hidup susah

PETALING JAYA: Melihat keluarga bahagia usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, pasti ada yang terdetik dalam hati betapa bertuahnya tiga anak jutawan itu hidup serba mewah.

Tinggal di banglo bernilai jutaan ringgit, dibawa melancong ke luar negara, malah pergi sekolah dihantar menggunakan kereta mewah.

Begitulah kehidupan bak putera dan puteri raja yang dilalui anak-anak Aliff dan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 tahun.

Aliff dan Nur Shahida bersama tiga anak mereka. Foto instagram aliffsyukriterlajaklaris

Bagaimanapun pada Ahad malam, Aliff memuat naik dua video di akaun Instagramnya, menunjukkan ketiga-tiga anaknya dihantar ke sebuah rumah, dipercayai selama seminggu untuk belajar bagaimana hidup susah dan berdikari.

Menerusi dua video tersebut, kelihatan anak bongsu Aliff, Ibraheem atau lebih mesra dipanggil Baem menangis kerana ditinggalkan oleh usahawan itu dan isteri di sebuah rumah yang tidak diketahui lokasi dan pemiliknya yang hidup serba kekurangan.

Walaupun hanya kedengaran Baem menangis, namun dua lagi anak pasangan itu, Ammar dan Qadejah turut dilihat bersedih.

Menurut Aliff di Instagram, beliau mengimpikan anak-anaknya dihantar ke rumah itu untuk belajar erti susah dan tidak terlalu selesa dengan kemewahan.

“Berat sebenarnya nak berpisah apatah lagi tengok semua menangis sampai saya sendiri berbelah bahagi nak teruskan atau tidak. Tapi kami suami isteri tekad…ini cara kami didik anak supaya lebih dengar kata.. insyaAllah lepas ni saya nak hantar sekolah pondok macam saya dulu.

“Abah dengan mama terpaksa buat macam ni sebab abah nak anak-anak abah menghargai apa yang ada selama ni. Bukan senang nak didik anak supaya tahu macam mana erti kesusahan,” katanya.

Pendekatan yang dibuat oleh Aliff itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen, dan rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan drastik berkenaan.

“Cara nak ajar anak hidup susah bermulanya dari mak ayah dahulu, bukan cara macam ni didik anak. jangan pisahkan kasih sayang… mereka masih kecil,” kata nanf_adam di ruangan komen.

“Cukuplah dedahkan pada kesusahan dan kesedehanaan. Sekali-sekala bawa mereka ke rumah anak-anak yatim, buka puasa dengan mereka. Budak-budak akan cepat faham apa yang mak bapa cuba sampaikan dan membuat mereka berfikir,” ujar aurora_ccie.

“Carila sebuah rumah yang sderhana dan duduk satu keluarga. Baru boleh ajar anak-anak erti susah. Ini anak orang dia ambil duduk rumah besar, anak sendiri nak suruh dudk dengan orang lain. Dah kenapa? Tak kesian ke kat anak tu, ganggu emosi dia,” kata intan.shuhada sambil merujuk kepada dua anak angkat Aliff.

Namun tidak terkecuali yang turut menyokong tindakan Aliff mendidik anak-anaknya dengan cara tersebut, seperti kata sis_suria: “Bagus lah didik dari kecil nanti dah besar memberontak kalau apa-apa sekiranya jadi kat kita. Biar dia orang rasa hidup susah dan belajar berdikari. Saya suka cara Datuk ni… terbaik.”

“Kak, terlupa pakai kain ke?” – Wanita bertudung berseluar pendek di dalam lif teruk dikecam netizen

Sejak semalam, skeping gambar seorang wanita yang memakai tudung sambil berseluar pendek di dalam sebuah lif telah jadi tular di media sosial.

Wanita terbabit dilihat memakai tudung berwarna merah, tetapi berseluar pendek sehingga menampakkan bahagian kaki dia yang gebu. Namun tidak diketahui apakah motif dia berpakaian sebegitu rupa.

Netizen yang tersinggung dengan perbuatan wanita tersebut telah mengecam keras tindakan wanita bertudung kerana berpakaian seakan-seakan mempersendakan agama Islam.
Dua akhir zaman

Perbuatan tersebut telah mendapat perhatian ramai netizen yang merasakan tudung yang dipakai hanyalah sekadar hiasan semata-mata, bukan untuk menutup aurat dengan sempurna.

Tengok betis pun dah tau

Coli pun takde, jantan la kot

Namun ada juga beberapa orang netizen yang berfikiran positif mengatakan tidak perlu menjatuhkan maruah wanita tersebut kerana mungkin itu adalah ‘lelaki’ yang menyamar sebagai wanita bertujuan untuk ‘mengusik’ netizen semata-mata.

Tetapi ramai yang yakin individu itu adalah seorang perempuan berdasarkan kepada bentuk punggungnya dan tapak sandalnya yang agak tinggi.

Tak kisahlah, sekiranya dia memang seorang wanita, perbuatan individu di dalam gambar itu adalah tidak wajar kerana seperti menghina Islam namun jika dia seorang lelaki, tidak perlulah mencetuskan kontroversi dan mengundang fitnah bagi kalangan wanita yang bertudung dan menutup aurat.

Sumber: mediahangat.com

[VIDEO] Nyawa Ibarat Telur di Hujung Tanduk Bagi Pekerjaan Kimpalan Dalam Air…

GAJI lumayan diterima antara RM700 hingga RM1,200 sehari, namun kemungkinan terkena renjatan elektrik dan letupan kuat adalah risiko yang perlu dihadapi.

Memikirkan bahaya terpaksa diharungi, bukan semua penyelam komersial di negara ini berani menawarkan khidmat kimpalan di dasar laut.

Bagaimanapun, Amdan Abu Bakar, 43, dari Kemaman, Terengganu mempunyai keberanian dan kekentalan untuk menjadikan kerjaya berisiko itu sebagai mata pencariannya.

Rutin kerjanya yang rumit menuntut bapa empat anak itu cekal dan tidak mudah putus asa kerana setiap kali melakukan selaman di laut, nyawanya bagaikan telur di hujung tanduk.

Alah bisa tegal biasa, Amdan berkata, dia sudah acap kali berdepan letupan kuat ketika melakukan kerja kimpalan kapal dan kerja pemotongan komponen besi, hingga menyebabkan dirinya mengalami gegaran otak.

“Letupan dalam air risikonya lebih bahaya kerana saya yang berada dalam air semasa letupan itu akan rasa gegaran kuat hingga otak pun terasa bergegar.

“Kalau letupan terlalu kuat, saya terpaksa hentikan kerja-kerja kimpalan seketika untuk berehat dan kembali ambil tenaga,” katanya.

Selain berdepan letupan, Mat Sado ini juga sudah lali terkena renjatan elektrik ketika sedang mengimpal dan risiko itu adalah cabaran dilalui setiap juru kimpal basah.

“Renjatan elektrik kadangkala tak dapat nak elak dan apa yang penting cara kita hadapi situasi itu. Macam saya sendiri, saya amalkan petua orang tua-tua.

“Setiap kali terkena renjatan elektrik saya akan naik ke kapal dan minum susu segar untuk pulihkan semula sel darah merah yang mati akibat terkena renjatan itu,” katanya.

Berdasarkan petua diperturunkan, susu segar dapat menghidupkan semula sel darah yang mati.

Walaupun belum dibuktikan secara klinikal, Amdan mengakui badannya yang lesu dan lemah setiap kali terkena renjatan elektrik, kembali bertenaga.

Katanya, bagi memastikan renjatan elektrik itu tidak beri kesan jangka panjang kepada badan, dia turut amalkan senaman dan latihan kecergasan selain sentiasa berwaspada ketika menjalankan setiap kerja.

Menurutnya, segala risiko kerja berbahaya menjadi asam garam kehidupannya sejak dia memulakan karier dalam bidang ‘underwater welding’ pada 1994, sebelum mengorak langkah lebih panjang dengan pembukaan syarikatnya, Memerang Enterprise yang beribu pejabat di Geliga pada 2005.

Memerang Enterprise menyediakan servis ‘underwater’ yang merangkumi kerja-kerja penyelenggaraan dan membaik pulih struktur kapal yang rosak, kerja baik pulih tiang jeti, kerja-pemotongan komponen besi dan tugasan lain berkaitan yang mana kebanyakan tugasan itu perlu diselesaikan menggunakan kaedah kimpalan.

Tugas dilakukan tidak terbatas, kerana bukan sahaja di dasar laut, tetapi juga di pesisir pantai termasuk di kawasan-kawasan pelabuhan meliputi sektor perkapalan serta cari gali minyak dan gas.

Ditanya tempoh diambil untuk menyiapkan setiap tugasannya, menurut Amran ia bergantung kepada skop kerja yang perlu dibuat.

“Banyak kes yang saya terima kapal bocor, mungkin berpunca daripada geseran. Kalau bocor tu kecil, dalam masa sehari saya dah boleh siapkan tugasan, tapi kalau kebocoran itu agak besar, mungkin ambil masa dua atau tiga hari,” katanya yang juga dikenali sebagai Joden.

Suami kepada Yusnidayanti@Nazifah Yusof, 40, itu berkata, 20 tahun lalu, dia pernah melakukan tugasan sukar iaitu menyelamatkan kapal yang hos kargonya tersangkut pada rantai besi di dasar laut berdekatan pelantar minyak.

“Dalam keadaan air yang dalam, saya berusaha memotong rantai bersaiz besar itu. Namun syukur saya berjaya selesaikan tugas dengan baik,” katanya.

Dalam pada itu, kepakarannya dimilikinya turut dikongsi dengan orang lain kerana pada 2005 hingga 2008, Amdan dilantik sebagai tenaga pengajar dan mengendalikan kursus ‘underwater welding’ kepada pegawai dan anggota bomba terpilih seluruh negara yang diadakan di Terengganu Safety Training Centre Sdn Bhd (TSTC) di Teluk Kalong, Kijal, Terengganu.

Malah, sehingga kini dia terus berbakti kepada masyarakat kerana selain menjalankan tugas hakiki sebagai penyelam profesional, dia menjadi penasihat Rescue Team Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman yang dikerahkan setiap kali berlaku bencana termasuk kes orang lemas.

Sumber: Kopi O

[VIDEO] Kisah Tsunami Jepun Yang Amat Menyedihkan dan Tidak Ramai Mengatahuinya…

Kisah ini terjadi sewaktu tsunami Jepun pada 11 Mac 2011 di daerah Miyagi (bandar pelabuhan). Salah seorang mangsa, Arisa Miura sempat menghantar beberapa mesej kepada ibu dan teman lelakinya sebelum ditelan ombak tsunami. Hanya pada 5 Mac 2012, pihak media telah mendedahkan mesej-mesej tersebut yang didapati dari teman lelaki Arisa.

Mesej pertama dihantar pada teman lelakinya, 17minit selepas Tsunami melanda iaitu pada jam 3.03pm
“Tsunami setinggi 6 meter sedang datang. Saya akan cari tempat selamat”

Seminit kemudian Arisa menghantar mesej kepada ibunya (hanya dapat dibaca ibunya beberapa hari kemudian kerana gangguan talian)
“Jika bangunan runtuh, Saya minta maaf”

Jam 3.11pm, teman lelaki Arisa membalas mesej , “Don’t get yourself killed” dan dibalas Arisa “Saya tak kan mati, saya sayangkan kamu”. Saat ini Air bah sudah melimpah masuk ke pejabat Arisa menyebabkan mereka semua berpindah ke bumbung bangunan.

Jam 3.21pm, Teman lelaki Arisa membalas mesej Arisa, “sayangkan kamu juga. dekat sini tak lah teruk sangat” (ditambah ikon love). merujuk tempat teman lelaki Arisa berada iaitu di kawasan Miyagi juga.

Jam 3.27pm, Arisa membalas “thank goodness” merujuk keadaan teman lelakinya yang selamat..

sejurus kemudian Arisa menghantar mesej terakhir ” Tsunami yang sangat besar dah datang,saya kat atas bumbung, macammana kalau saya tak selamat? my car had been swept off!”..

Jam 3.33pm, Tsunami yang melanda telah meranapkan bangunan tempat Arisa berlindung. Tiada yang selamat. Teman lelakinya masih menghantar beberapa mesej pada waktu tersebut, no return message.

p/s: cebisan mayat Arisa telah ditemui pada Januari 2012, hampir 11 bulan selepas kejadian. Ibunya masih trauma dengan mesej yang Arisa hantar.

Sumber: Kopi O

Gadis ini sedang beli barang di tepi jalan, tiba2 rasa rambut dia kena tarik, Lepas tahu apa yg berlaku ia sudah terlambat

Apa kes? Ini merupakan rakaman CCTV yang dipasang kat tepi jalan di sebuah kedai yang berdekatan dengan jalan.

Seorang gadis sedang nak beli barang di kedai tersebut. Mula-mulanya semua tenang jer dan nampak macam tidak ada apa-apa. Tetapi apa yang berlaku seterusnya buat gadis nie. Gadis nie tiba-tiba rasa rambut dia kena tarik!

 

Apa dah jadi kepada masyarakat kita sekarang? Kejadian rakaman video di bawah dikatakan berlaku kat negara lain.

Ada netizen yang kata mungkin berlaku di negara India. Negara India memang ada banyak kes cam ni berlaku.

Kalau lawat ke negara India mesti berhati-hati dan jaga benda anda yang berharga semasa lepak kat jalan di negara India sana, terutamanya kaum perempuan.

Perompakan memang bukan sesuatu yang baik sebab rampas benda orang lain akan menyebabkan orang tersebut kehilangan harta benda.

Mereka yang buat rompakan memang sengaja nak buat rompak sebab tidak mau kerja dan cuma nak rampas benda orang lain untuk menampung kehidupan mereka sahaja.

Ini memang tidak adil untuk mereka yang kerja dengan susah payah. Cari rezeki memang tidak senang pada zaman sekarang, tapi rampas benda orang memang tidak boleh dimaafkan.

Jom tonton video penuh di bawah

Sila share ye.

Jangan Nak Label Parents Kedekut Tak Kasi Cium, Kalau Sakit Ke Apa Diaorang Yang Susah

Semua sedia maklum, bayi baru lahir mempunyai kulit yang sensitif dan antibiotik masih lemah. Malah, kecomelan bayi membuatkan kita ingin mencium dan peluk mereka berulang kali. Malangnya, bayi mudah menerima sebarang penyakit dan bakteria dari golongan dewasa. Ianya akan memberi kesan negatif dan bahaya buat kesihatan bayi berkenaan.

Pengguna Twitter, Dieyawy kongsi luahan ibu yang terpaksa melihat anak mereka menanggung kesakitan akibat dari ciuman dan pelukan golongan dewasa.

Tolong tegas walaupun dah habis pantang

Batuk teruk tapi nak cium anak

Antara selamat dan tidak

Baru boleh tidur sekali dengan anak

Seminggu doktor bagi antibiotik

Ibu dalam pantang pun perlukan rehat

Sumber: Dieyawy

‘Lin Tak Larat Abang, Lin Letih, Sakit..’ – Kisah Pilu Isteri ‘Minta Diri’ Sebelum

Lebih 2k shares di laman Facebook, perkongsian lelaki ini mengenai perbualan whatsapp terakhir antara isterinya telah menyentuh hati netizen. Isterinya yang merupakan seorang pesakit kanser menghembuskan nafas terakhir setelah sekian lama menanggung sakit.

Apa yang membuatkan netizen sebak apabila isteri meminta izin suami untuk ‘pergi’. Isteri minta suami redha dan menjaga anak-anak dengan baik.

Moga si dia dan aku terus kuat

Ya Allah aku dah bersedia apa sahaja tentuMu

Abg redha ye kalau lin pergi

Hari ini aku akur juga redha. Kasih dan sayangnya Allah itu melebihi akan kasih dan sayangku padamu. Aku syukuri Allah memberiku kesempatan untuk aku berbuat bakti akhirku padamu.
Berehatlah permaisuri hatiku.

Bagi pihak keluarga, terima kasih kami ucapkan pada yang hadir sama mengiringi pengkebumian arwah isteri saya. Saya pohon agar dimaafkan segala salah dan silap arwah sepanjang hayatnya. Jika arwah masih ada hutang yang belum selesai, saya pohon untuk hubungi saya.

Semoga Allah menempatkan arwah bersama-sama hambanya yang beriman.

Al – Fatihah.

Sumber : Mohd Armin

RAWAT HATI YANG TIDAK TENANG DENGAN SURAH AD-DHUHA

Akhir-akhir ini entah kenapa ramai sekali kita dengar berita tentang depresi, tekanan emosi atau bahasa mudahnya ‘jiwa kacau’. Ketika berada dalam ketidak tenangan hati itu, sampaikanlah pada diri agar bacalah dan fahamilah maksud 11 ayat yang terkandung dalam surah Ad Dhuha. Hebatnya 11 ayat yang terkandung dalam surah Ad Dhuha. Ia mampu merawat jiwa yang tertekan.

Hati Yang Sedang Sakit, Bacalah Surah Ad Dhuha

Ini satu surah yang merawat hati. Bacalah surah Ad Dhuha kerana inilah cara paling agung untuk seseorang merasai perasaan bahagia sampai ke dasar hati.

Kenapa? Kerana surah ini adalah satu surah yang paling hebat dalam Al Quran. Ia mendidik hati kita agar menjadi seorang yang positif dan sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT.

Surah Ad Dhuha diturunkan ketika Nabi Muhammad SAW tidak mendapat sebarang wahyu daripada Allah SWT dekat 6 bulan lamanya. Selama 6 bulan itulah, Nabi Muhammad SAW tidak menerima apa-apa wahyu daripada Allah.

Begitu juga Malaikat Jibril tidak datang bertemu baginda. Hal itu, membuatkan baginda tidak dapat melihat langkah seterusnya.

Ketika itulah Nabi Muhammad SAW merasakan yang Allah SWT telah meninggalkannya. Baginda fikir Allah SWT tak lagi mahu dirinya menjadi nabi. Semua perasaan sedih itu mula menyelubungi pemikiran baginda.

Lalu apa yang Allah bicarakan untuk melegakan hati kekasihnya itu? Firman Allah maksudnya:

Ayat 1 : Wad duhaa – Demi waktu dhuha (ketika matahari naik setinggi galah)

Sebab itu, prekära pertama yang perlu anda beritahu pada seseorang yang alami tekanan emosi atau depresi adalah ‘Bangun! Lihatlah matahari. Hidup ini tak selamanya hancur dan kelam”

Di luar sana ada matahari yang memancarkan cahayanya yang sangat indah.

Ayat 2 : Wal laili iza sajaa – Dan demi malam apabila telah sunyi

Seorang yang alami depresi atau tekanan emosi adalah mereka ini akan berjaga malam.

Mereka tidur di siang hari dan berjaga di malam hari.

Ayat 3 : Ma wad da’aka rabbuka wa ma qalaa’ – Tuhanmu tidak meninggalkanmu (Muhammad) dan tidak (pula) membencimu

Allah tidak membenci Muhammad, apatah lagi melupakannya.

Samalah halnya dengan kamu, wahai jiwa-jiwa yang tertekan Allah tidak sesekali membencimu.

Dan Allah tidak sesekali melupakanmu.

Ayat 4 : Wa lal aakhiratu khairul laka minal-oola’ – Sesungguhnya kesudahan itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan

Apa yang bakal mendatangi mu adalah jauh lebih baik dengan apa yang sedang kamu alami sekarang.

Ayat 5 : Wa la sawfa y’uteeka rabbuka fatarda’ – Dan sesungguhnya, Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu, sehingga engkau redha – berpuas hati

Katakan ini pada mereka yang depresi “Sedikit masa lagi wahai kaum Muslimin, Allah akan memberikan syurgaNya insya-Allah dan memberi bahagia buat kita.’

‘Sabarlah untuk sedikit masa lagi, Allah akan memberi kemenangan untuk semua kesukaran ini dan membuatkan kita merasa bahagia gembira.’

‘Inilah janji Allah dan akan tertunailah sabarlah untuk sedikit masa lagi.’

‘Sabarlah sahabatku, kita semua akan masuk ke syurga Allah, insya-Allah’

Bukankah ini kata-kata yang cukup indah yang perlu kita tuturkan pada seseorang yang tertekan jiwanya. Yang merasa sakit dalam hatinya.

Dan Allah memberi sebab untuk kita percayakan semua janjinya itu. Inilah firman Allah?

Ayat 6 : Alam ya jidka yateema Fa aawaa’ – Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu

Tanyakah dirimu, tidakkah pernah kamu berasa sakit-sakit?

Tidakkah kamu pernah menjadi anak kecil, yang mana Allah melindungi dan menjagamu ketika usia itu?

Ayat 7 : Wa wa jadaka daal lan fahada – Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kebingungan, lalu dia memberikan petunjuk

Bukankah kita juga sentiasa dalam kebingungan sebelum kita menemui jalan keluar?

Saya tahu saya tidak solat

Saya tidak pernah kenal agama

Dan Allah melihat saya dalam kebingungan lalu membantu saya.

Samalah halnya dengan kamu, tidakkah kamu dalam kebingungan dan Allah membantumu.

Ayat 8 : Wa wa jadaka ‘aa-ilan fa aghnaa’ – Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan

Berapa ramai dari kalangan kita dalam peliharaan Tuhannya.

Allah memelihara keluarga kita ketika saat sukar mereka.

Dan dalam ayat seterusnya, Allah berikan kamu dengan lebih banyak lagi sebab. Kepada Rasulullah dan juga kita.

Mengingatkan kita berulang-ulang kali.

Kenapa kita harus meyakini setiap peringatanNya ini.

Janjinya itu benar. Jadi kepada anda yang alami tekanan. inilah cara terbaik untuk menasihati mereka. Beritahulah kisah-kisah terdahulu yang telah berlaku.

Dan berikan sebab untuk mereka meyakini yang janji Allah itu benar, sama seperti yang pernah Allah membenarinya pada masa terdahulu.

Kemudian Allah memberikan kamu penawat untuk merawat tekanan emosi itu. Apakah ubat yang Allah turunkan ini?

Ianya adalah mendidik hati agar mengingati kesukaran orang lain yang jauh lebih susah daripada kita.

Ayat 9 : Fa am map yateema fall taqhar’ – Maka terhadap anak yatim, janganlah engkau berlaku sewenang-wenangnya

Ayat 10 : Wa am mas saa-ila fala tanhar’ – Dan orang yang meminta-minta, janganlah engkau mengherdiknya

Yang pertama adalah anak yatim, yang kedua adalah pengemis.

Ingatlah bahawa anak-anak yatim ini mereka tiada siapa yang menjaga.

Sedangkan kamu mempunyai mak ayah untuk menjagamu. Kamu ada keluarga untuk menjagamu. Malah kamu punya satu tempat yang kamu panggil rumah.

Anak yatim tak punya siapa-siapa. Pengemis pula tak punya makanan, sebaliknya dia minta makanan daripada kamu. Mereka tidur dalam kelaparan setiap hari. Lihat kamu, Allah masih memberikan kamu makanan.

Berapa ramai dari kalangan kita yang pernah tidur dalam kelaparan? Subhanallah..

Jadi Allah beritahu kita yang penawar untuk merawat hati yang sakit itu adalah untuk melihat kembali kesusahan orang lain

Seandainya semua itu telah dilakukan tetapi perasaan kamu masih terasa jauh daripada Allah, bacalah firman Allah ini.

Ayat 11 : Wa amma bi ne’mati rabbika fahad dith – Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur)

Allah kurnikan kita dengan kenikmatan yang tidak terhingga. Ucapkanlah,

Alhamdulillah untuk mata ini,

Alhamdulillah untuk tangan ini,

Alhamdulillah untuk mulut ini,

Alhamdulillah untuk hati ini,

Perhatikan ini, jika Allah tak sayang kenapa Allah masih menghidupkan kita?

Jika allah tak sayang kita kenapa allah berikan kita rezeki setiap minit dalam kehidupan kita.

Jika allah tak cintakan kita kenapa kita masih ada di sini hari ini. Fikirlah sedalam-dalamnya.

Sumber: www.sumbermaklumat.net

Apa kata anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Kongsi Ya. Terima Kasih !! II

Muka Masuk Dalam Solat Jumaat Siarang Langsung, Ekspresi Muka Alif Satar Jadi ‘Bahan’ Netizen

Siapa pernah jumpa Alif Satar? Untuk pengetahuan anda, pelakon dan penyanyi ini antara selebriti paling sempoi serta tidak sombong. Baik dengan media, Alif juga sangat ramah dengan semua peminatnya. Tidak hairan lah Alif antara selebriti kegemaran rakyat Malaysia.

Terbaru, Alif Satar ada memuat naik foto dirinya berada dalam siaran solat jumaat secara langsung. Tapi apa yang menarik perhatian para pengikutnya di Instagram adalah ekspresi mukanya. Macam mengantuk je bang? Hehe.

‘Mom! I’m on tv!’

Beberapa hari lepas Alif Satar telah memuat naik foto di akaun Instagram miliknya menunjukkan dia sedang mendengar khutbah jumaat. Foto tersebut telah dikongsikan oleh peminatnya dari Sarawak. Di bawah antara respon netizen mengenai gambar diatas. Apa-apa pun Alif memang steady!

Sumber: Instagram Alif Satar

(Video) Cerita sebenar kanak-kanak diserang dalam bas

Video seorang lelaki menyerang dan memukul kanak-kanak lelaki di dalam sebuah bas di wilayah Sichuan menggemparkan orang ramai, lapor laman berita tempatan.

Kejadian yang berlaku pada jam 11.36 pagi semalam yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa yang kebosanan itu cuba mengacah-acah menendang penumpang lelaki terbabit sebanyak tiga kali sambil berpaut pada tiang besi.

Selepas ‘tendangan’ ketiga, lelaki itu terus bangkit dan merentap belakang pakaian mangsa dan menghempasnya ke lantai sebelum menyerang dan memijak mangsa di kepala sebanyak tiga kali.

Sekurang-kurangnya empat atau lapan penumpang dewasa dan seorang penumpang kanak-kanak yang menyaksikan kejadian itu.

Salah seorang penumpang wanita yang berada berhampiran menghalang lelaki itu dari terus menyerang mangsa yang sudah terkulai laju di atas lantai.

Mangsa kemudian dilihat cuba bangkit semula namun tidak berdaya dan terbaring di lantai sementara dua lagi penumpang dewasa terus datang dan meminta pemandu bas berhenti.

Polis yang menerima panggilan dari orang awam terus datang ke lokasi kejadian dan menahan reman lelaki terbabit selama 15 hari untuk siasatan lanjut.

kanak-kanak diserang dalam bas

Menurut laporan, mangsa berusia 7 tahun itu dalam perjalanan pulang dari sekolahnya dan menaiki bas itu seorang diri serta tidak mempunyai pertalian darah dengan suspek.

Meskipun diserang dengan teruk sehingga mengalami calar balar di mukanya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman yang serius.

Video kejadian itu viral di media sosial dan menjadi topik hangat yang diperbualkan dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang terbahagi kepada tiga pandangan.

Pertama, netizen kesal dengan tindakan suspek yang tidak berperikemanusiaan sehingga tergamak menyerang mangsa.

Kedua, tada segelintir netizen pula berpandangan kanak-kanak yang menjengkelkan seperti itu patut diajar agar tidak lagi mengulangi perbuatannya. Malah netizen mendakwa cara itu adalah pengajaran yang terbaik buat diri mangsa yang mungkin tidak diajar oleh ibu bapanya.

“Memang patut dia diserang dan dipukul. Kalau ibu bapanya tidak mengajarnya, masyarakat akan mengajarnya.

“Saya tidak menyokong tindakan lelaki itu, tetapi saya juga tidak berasa kasihan dengan kanak-kanak berkenaan,” kata netizen.

Ketiga, netizen menyalahkan ibu bapa mangsa yang membiarkan mangsa menggunakan pengangkutan awam seorang diri dan tidak mengajarnya untuk menjaga tingkah laku serta jangan mengganggu orang lain.

 

 

Sumber: Thereporter