“Disebabkan Ramai Kata Muka Kami Sama, Mak Restu Kami Tinggal Sekali” – Aiman Tino

Siapa sangka rupa-rupanya penyanyi Aiman Tino mempunyai ‘kembar’ yang pernah menjadi tular satu ketika dahulu. Nur Syafiqah Abdul Rahman atau lebih mesra dipanggil Pyka sering dilabel sebagai adik-beradik kepada Aiman!

Terbaru, penyanyi lagu Ku Hanya Sayang Padamu telah memuat naik gambar serta meluahkan perasaan gembiranya dapat berjumpa dengan gadis yang mempunyai wajah iras seperti dirinya.

Dalam nada bergurau, Aiman berkata disebabkan mereka memiliki wajah yang hampir sama, ibunya telah merestui hubungan mereka berdua untuk tinggal bersama.

“Disebabkan semua kata muka kami sama, mak dah restu kami tinggal sekali. Hahahahaha puas kita adjust muka nak bagi sama…” katanya menerusi kapsyen.

Aiman

Gambar tersebut ternyata menerima pelbagai komen daripada peminatnya yang mengakui mereka memiliki wajah yang serupa dan seiras serta turut mendoakan mereka bagi ke fasa seterusnya!

Memang serupa!

Jodoh kuat ni..

Macam kembar!

Terdahulu, Pyka pernah menjadi tular di laman media sosial gara-gara memiliki wajah yang serupa dengan penyanyi tersebut sehingga dia dikecam teruk oleh netizen.

Sumber : Aiman Tino

Kredit; Ohmymedia

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *