Ibu Ini Hanya Sempat Menyusukan Anak Baru Lahir Beberapa Hari Sebelum Lumpuh. Sungguh Menyayat Hati…

Ibu Ini Hanya Sempat Menyusukan Anak Baru Lahir Beberapa Hari Sebelum Lumpuh. Sungguh Menyayat Hati…

RANTAU PANJANG: Siapa sangka, kegembiraan seorang ibu melahirkan anak keempat bertukar pilu apabila dia lumpuh sejak empat bulan lalu, selepas 18 hari berpantang.

Meriam Zakaria, 37, disahkan menghidap penyakit Symptomatic Hypokalemia, iaitu kekurangan nutrisi dan garam dalam badan, bukan saja menyebabkan dia lumpuh, malah tidak dapat bercakap dan hilang ingatan.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Inilah gambaran dugaan menimpa seorang ibu yang baru melahirkan anak tetapi hanya dapat menyusukannya selama beberapa hari sahaja.Menurut Berita Harian, seorang wanita bernama Meriam Zakaria telah jatuh sakit dan hilang upaya untuk bercakap dan menguruskan diri sendiri 18 hari selepas melahirkan anaknya yang keempat.

Ibu itu, 37, telah disahkan menghidap penyakit Symptomatic Hypokalemia iaitu kekurangan nutrisi dan garam dalam badan. Penyakit yang dihidapi ini bukan sahaja menyebabkannya lumpuh tetapi turut membuatkan ibu malang ini tidak dapat bercakap dan hilang ingatan.

Menurut suaminya, Mohd Zaki Ismail, 37, tangan Meriam kerap menjadi lemah dan kaku semenjak melahirkan anaknya yang ketiga. Namun, selepas mendapat rawatan, dia akan kembali pulih seperti sedia kala.

“Sebelum ini, selepas melahirkan anak kami yang ketiga, isteri saya kerap kali diserang penyakit ini yang menyebabkan tangannya menjadi lemah dan kaku namun, selepas mendapat rawatan dalam beberapa hari dia akan kembali pulih.

“Saya tidak sangka kali ini, keadaannya menjadi teruk sehingga hanya terlantar tanpa mampu membuat apa-apa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Felcra Bukit Tandak, di sini.

Walau bagaimanapun, kesihatan Meriam semakin merosot selepas melahirkan anaknya yang keempat, Nur Fathia Izara. Dia mula kerap muntah serta tangannya menjadi semakin lemah dan tidak bermaya. Meriam kemudian tidak sedarkan diri dan disahkan lumpuh seluruh badan selepas dibawa ke hospital untuk rawatan.

Melalui pemeriksaan doktor, mereka mendapati Meriam tidak dapat bercakap kerana oksigen tidak sampai ke bahagian otaknya.

“Saya tidak sangka kali ini, keadaannya menjadi teruk sehingga hanya terlantar tanpa mampu membuat apa-apa,” kata Zaki.

MOHD Zaki Ismail, bersama anak-anaknya termasuk Nur Fathia Izara, empat bulan, melihat keadaan isterinya, Meriam Zakaria, yang lumpuh dan perlu dibantu sepenuhnya di Kampung Felcra Bukit Tandak.

Suaminya memberitahu bahawa Meriam sekarang memakai lampin pakai buang dan hanya minum susu khas yang disalurkan melalui hidung. Menurutnya lagi, isterinya itu memerlukan katil khas bagi memudahkan pergerakan, namun kerana kekangan kewangan, dia hanya meminjam katil daripada saudara sahaja.

Suaminya, Mohd Zaki Ismail, 37, berkata keadaan isterinya menjadi teruk selepas melahirkan anak bongsu, Nur Fathia Izara, yang kini berusia empat bulan, apabila mengalami muntah yang kerap manakala kedua-dua tangannya menjadi lemah dan tidak bermaya.

Zaki yang bekerja sendiri di bengkel kimpalan di Lubok Stol, Rantau Panjang, mengakui pendapatannya tidak cukup untuk menampung barang keperluan isteri dan empat orang anaknya.

Beliau berkata, isterinya memerlukan lampin pakai buang dan susu khas, membabitkan perbelanjaan kira-kira RM600 sebulan, tidak termasuk perbelanjaan anak.

“Saya perlu menguruskan isteri saya sepenuhnya termasuk pakaian serta memberinya susu khas menggunakan wayar melalui hidung.

“Isteri saya juga perlu katil khas memandangkan keadaannya yang tidak boleh bergerak. Sekarang ini kami meminjam katil daripada saudara dan perlu memulangkannya,” katanya.

Mohd Zaki berkata, dia dan keluarga menumpang di rumah kakak yang membantu menguruskan isteri dan anak-anak yang berusia empat hingga 11 tahun.

Buat masa ini, mereka sekeluarga sedang menumpang di rumah kakak Zaki bagi memudahkan urusan penjagaan isteri dan anak-anaknya.

Kesian ibu tu sakit hingga tidak dapat menguruskan diri sendiri. Kesian juga pada anaknya yang masih kecil, tidak dapat belaian dan kasih sayang daripada seorang ibu. Semoga Encik Zaki akan terus tabah menghadapi dugaan ini.

Sumber://lobakmerah.com/sedih-ibu-ini-hanya-sempat-menyusukan-anak-baru-lahir-beberapa-hari-sebelum-lumpuh/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *